Saturday, March 29, 2008

Pengajaran daripada PRU12

NILAI SEBENAR KEPUTUSAN PRU12
Pengajaran paling berharga bagi semua rakyat Malaysia yang mengundi pada PRU12 ialah di sebalik keselesaan itu ada sesuatu yang menjelma di luar dugaan. Bagi yang sempat menunaikan tanggung jawab pada PRU12 8 Mac yang lalu, kenangan amat berharga ialah mereka telah turut mewarnai corak politik tanahair; suatu senario yang berlaku sekali dalam tempoh 45 tahun (atau 50 tahun).

Bagi mereka yang tidak berkesempatan embuang undi, pasti merasa terkilan kerana telah tidak menyertai mereka yang menyumbang kepada senario baru politik Malaysia.

Daripada segi pelajaran pula, PRU12 telah memberi beberapa pelajaran berharga. Pertama, apakah selama ini persoalan antara calon dan parti masih dominan dalam pertimbangan? Kedua, apakah yang telah mempengaruhi pola pemikiran pemilih pertama kali (first timers) ? Ketiga, bagaimanakah para pemilih menempatkan pertimbangan tentang kewujudan parti-parti sedia ada (yang selama ini sikenali secara meluas sebagai pembangkang)?

PRU12 telah memperlihatkan banyak petanda dan isyarat daripada pemilih. Walaupun bilangan pemilih berdaftar kurang separuh daripada keseluruhan rakyat Malaysia, (dan peratusan yang memilih juga tidak sampai 70 peratus), namun petanda dan isyarat yang telah diberikan adalah penting dan kritikal.

Luahan rasa akibat marah seminit sesetengah pemilih akan mengimpak lima tahun suasana politik berikutnya.

Walau apapun pertimbangan setiap pemilih, seperkara yang mustahak diambil perhatian ialah tanggung jawab mengundi adaalah hak dan ia tidak boleh dicabar. Kerahsiaan yang tinggi telah melindungi setiap pemilih, waima sekiranya wujud pertikaian sesama ahli keluarga.

Sema pihak sebetulnya mempelajari sesuatu daripada keputusan PRU12. Yang tidak mendapat pelajaran daripadanya mungkin daripada kalangan yang tidak memahami tanggung jawab tersebut.

Pemerintah telah mengambil maklum bahawa yang selama ini mereka labelkan sebagai membangkang kini telah memberikan mereka (pemerintah) reverse roles di lima buah negeri. WP Kuala Lumpur, walaupun tidak mempunyai entiti pemerintah seperti kerajan negeri, namun telah dikuasai DAP, PKR dan PAS di 10 parlimen; menjadikan penguasaan parti berkenaan sebetulnya di enam negeri dan wilayah. Lapan daripada 13 buah negeri kekal diterajui parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

Sejumlah 140 kerusi parlimen yang dikuasai BN berbanding 82 yang dikuasai pembangkang bakal menampil senario menarik apabila persidangan pertama parlimen ke-12 diadakan pada April nanti. Yang jelas kini, parlimen ke-12 akan mencipta beberapa sejarah apabila buat kali pertama ketua pembangkang ialah seorang Parliamentarian Wanita, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail, Pengerusi PKR, yang mempunyai 31 kerusi di parlimen. Ubahausian tempat duduk di Dewan Rakyat yang memberi suatu perubahan fizikal cukup mendebarkan berdasarkan angakan tersebut.

Di samping itu peristiwa bersejarah lain mungkin turut tercipta sepanjang persidangan. Kabinet 69 (angka menarik!) menteri dan timbalan menteri juga suatu sejarah kerana mereka akan menggunakan pendekatan perbahasan tanpa Setiausaha Parlimen. Ramai yang masih beranggapan bilangan tersebut masih ramai berbanding negara-negara maju, namun itu bukan asas betul sekiranya Malaysia perlu mengurangkan bilangan anggota jemaah menteri. Asas sebenar ialah keupayaan, keperluaan dan kesesuaian, dan yang pasti amat tidak mustahak bilangan tersebut diasaskan pada nisbah kaum. Nisbah berasaskan kaum mencerminkan perwakilan pemerintahan yang masih lapuk dan kuno kerana keputusan PRU12 telah membuktikan perwakilan kaum semakin pudar. Ini telah dibuktikan di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Kelantan telah membuktikannya sejak 1990.

Peristiwa menolak tawaran dan meletak jawatan terutama di kalangan timbalan menteri juga sesuatu yang historis pada kali ini. Apapun pertimbangan tiga ahli parlimen UNMO berkenaan hanyalah mereka sendiri yang lebih maklum. Di sinilah nilai sebenar PRU12 turut terjelma, yakni rasa kebertanggungjawaban yang sangat tinggi (very high sense of accountability). Tahap pemahaman terhadap rasa kebertanggungjawaban memerlukan pemerolehan nilai intrinsik yang tinggi juga. Yang melepaskan jawatan dan kedudukan di peringkat kepemimpinan dalam parti itu kemungkin sudah memeroleh nilai tersebut. Ini merupakan end product pimpinan berwibawa dan bertanggungjawab. Mereka berani mengambil sikap bertanggungjawab tanpa mengira soal malu atau tidak. Nilai tersebut memang sukar. Kerana ia memerlukan tahap keberanian yang amat tinggi: berani menerima kesilapan diri. Tidak semua pemimpin yang ada keberanian tersebut.
_________________

No comments: