Sunday, March 30, 2008

Isu Semasa: Kuota Guru

Kuota Guru Malaysia

Kuota jawatan guru kini kembali menjadi isu dalam pengurusan pendidikan di Malaysia. Sampai bilakah isu ini selesai semantap yang mungkin. Mengapakah isu ini saban musim wujud walaupun bermacam initiatif telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan.

Dalam konteks pengurusan pendidikan negara, apakah status perancangan jawatan guru kita? Di negara maju isu tersebut tidak lagi menghambat pengurusan kurikulum dan pengajaran. Isu pendidikan negara maju dan beberapa negara sedang membangun lain lebih bertumpu pada isu pengisian dan penyampaian; yakni kurikulum dan kaedah mengajar. Jawatan Guru mantap di negara maju serta di beberapa negara sedang membangun seperti Korea Selatan, Thailand, Hong Kong dan Taiwan; sekadar menyebut beberapa contoh.


Aapakah pertimbangan sebenar peruntukan kuota guru di sekolah-sekolah Malaysia, sama ada sekolah rendah mahupun menengah?

No comments: