Kami bertolak sekitar jam 6.15 pagi dari Union Resort di Lundu dan sampai di Kawasan Grogo sekitar jam 7.00. Air sudah separas lutut. Jam 1030 pagi kami cuba berpatah balik mencari jalan pulang alternatif tetapi tanah runtuh di pertengahan jalan. Jam 12 tengahari air sudah memenuhi jalan raya di hadapan restoran Red Dragon ditambah hujan turun terus-terusan. Jam 9 malam air semakin naik dan keluarga Puan Jossie menjemput kami ke rumah termasuk dua keluarga yang lain(tetapi mereka menolak). Lalu kamipun bermalam di rumah Puan Jossie dan bertolah balik ke Kuching 12 Januari 2009 (Isnin melalui Jalan Rambungan).
Satu pengalaman yang amat mendidik dan mengajar kami erti kebesaran Illahi yang sebetulnya. Subhana Allah Walhamdulillah,Walaillahaillallah wa Allahbhu Akhbar.
No comments:
Post a Comment