16 NGO telah menggesa supaya Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Melayu. Setelah enam tahun dilaksanakan keberkesanan PPSMI adalah belum ketara. Keberkesanan perbelanjaan adalah 100% mengambilkira semua agihan untuk tujuan tersebut telah dibelanjakan oleh semua PTJ seluruh negara dan di setiap lapisan institusi pendidikan negeri. Yang ketara ialah terjejasnya penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar. Kekhuatiran NGO berkenaan memang berasas sebab kesan serta-merta PPSMI ialah bukan pada konteks pelaksanaannya tetapi terhadap masyarakat umumnya khususnya rakyat yang berpendidikan luar negara dan golongan rakyat yang bukan penutur asli Bahasa Melayu. Namun di kalangan sekolah-sekolah jenis kebangsaan, kegelisahan mereka juga telah ditunjukkan sejak awal-awal lagi kerana sebelum 2003 sekolah berkenaan menggunakan bahasa Ibunda dalam pengajaran semua mata pelajaran kecuali Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Bagi orang Melayu sendiri pun ramai yang masih melihat dasara sebelum ini telah cukup mantap dan telah terbukti hampir setengah abad akan kesan positifnya. Syabas kepasa Datuk Hassan Ahmad, Mantan KP DBP, Datuk Hashim Omar, Mantan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan NGO-NGO yang telah mengadakan perbincangan meja bulat mengenai pelaksanaan PPSMI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Dr,
Saya menyokong dasar sebelum ini sebab yang ketinggalan bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar
Post a Comment