Friday, May 8, 2009

SMK Ulu Balingian perlu perhatian segera atasi masalah bekalan air bersih

Lawatan saya ke SMK Ulu Balingian pada Februari 24 yang lalu telah mendapati masalah kritikal dari segi bekalan air di sekolah tepi jalan besar itu. Pengetuanya Encik Wong telah memeberitahu saya bahawa mereka telah mengalami masalah bekalan air sejak peristiwa banjir Januari tahun ini apabila enjin pam sekolah telah musnah. Kini mereka menunggu enjin pam dibaiki sementara pihak berwajib telah dimaklumi akan keperluan enjin pam yang baru. Namun kedud-dua harapan tersebut masih mereka tunggu dengan penuh harapan.

Lawatan kedua saya pada 23 April yang lalu mendapati kedua-duanya belum menjadi realiti. Langkah yang sedang diambil pihak sekolah ialah membeli air dari Jabatan Kerja Raya Sibu. Pengangkutan air ke sekolah ialah tiga atau empat kali sehari dengan penghantaran sekitar 400 galon satu perjalanan. Tangki di tandas guru dan murid telah kering sejak lebih tiga bulan yang lalau sementara guru-guru dan pelajar asrama menghadapi masalah kritikal pada sebelah malam.

Kini musim kemarau. SMK Ulu Balingian terus menghadapi masalah bekalan air. Sejak sekolah ini wujud lebih 20 tahun yang lalu, ia beroperasi dengan kemudahan asas seperti bekalan api dan air dengan operasi sendiri. Janakuasa yang dioperasi sendiri pihak sekolah dikendalikan oleh pekerja am sekolah yang tidak terlatih dalam pengoperasian janakuasa. Begitu juga enjin pam air yang dikendalikan pekerja am sekolah. Masalah pembaikpulihan dikendali sendiri pekerja am berkenaan.

Situasi yang dialami SMK Ulu Balingian berlaku di beberapa sekolah pedalaman yang lain di neheri Sarawak, sama ada sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Kebijaksanaan pengetua dan pengurusan sekolah amat penting apabila masalah seperti yang dihadapi SMK Ulu Balingian terjadi.

Peserta NPQEL IAB yang saya lawati Jackson Apong mempunyai program pengisian yang baik untuk SMK Ulu Balingian. Fokus beliau ialah kecerian sekolah dengan membina pondok bacaan dan riadah bagi para pelajar dan guru. Saya sempat memberi beberapa input penambahbaikan untuk program tersebut memandangkan sekolah tersebut mempunyai pelajar yang datang dari kawasan pedalaman dan lebih 90 peratus adalah adalah penghuni asrama.Gambar di atas dan kanan bawah menunjukan kesan hujan lebat Januari 2009 yang menyebab banjir
di kawasan rendah sekolah dan meranapkan rumah pam air sekolah.




Saddam dalam kenangan..

Apabila mengikuti perkembangan di Iraq hari ini, tidak dapat tidak kenangan terhadap Saddam Hussein kembali mengimbau. Terbaru, ialah peristiwa melontar kasut oleh Muntazah Al Zaidi, wartawan Iraq, kepada Bush. Peristiwa tersebut masih menjadi bahan berita yang hangat. Ekoran laporan mengenai peistiwa tersebut juga beberapa individu dan kelompok tertentu telah menyatakan kesanggupan membiayai kos perbicaraan AL Zaidi. Ada juga yang membuat kasut gergasi menyerupai kasut yang telah dilontar Al Zaidi. Tidak kurang juga yang mendakwa kasut tersebut telah dibeli Al Zaidi dari kedainya di samping beberapa syarikat mengeluarkan model kasut tersebut sebagai nilai tambah jualan kasut syarikatnya.

Al Zaidi adalah manusia biasa yang telah mengambil tindakan luar biasa. Kesannya, dua insiden serupa berlaku di Britai dan di India selepas itu.Ini semua pengaruah seorang insan bernama Saddam Hussein yang dibunuh oleh rejim pro Amerika. Kematian Saddam Al Zaidi ditali gantung bukan sahaja mengaibkan ahli keluarganya tetapi turut diratapi para penyokongnya, tidak kurang juga di kalangan pemimpin negara-negara Islam seluruh dunia.