Friday, July 18, 2008

TURUN-NAIK-TURUN HARGA MINYAK.... tapi

THINking aloud..
Harga minyak memang sentiasa naik dan turun dan berdasarkan pasaran antarabangsa. Tetapi mengapa harga yang telah dianaikkan kerajaan tidak diturun semula mengikut harga turun antarabangsa?

Keputusan menaikkan harga minyak sekarang sebulan lalu adalah berdasarkan kenaikkan mendadak ketika itu iaitu $135.00/tong kini ia hanya $131.00/tong. Keadaan demikian pasti akan terus berlaku pada masa akan datang.

Persoalannya: Apakah pemikir ekonomi negara mengambilkira untuk merancang suatu pola kenaikan/penurunan mengikut suatu peratus tertentu sebagai kaedah menstabilkan situasi inflasi/pengangguran negara dengan matlamat rakyat tidak terbeban secara mendadak setiap kali ada kenaikan harga pasaran sama ada minyak mahupun bahan makanan?


Sekiranya turun-naik-turun atau naik-turun-naik menjadi asas ketetapan harga minyak negara, maka logik jugalah ia diturunkan apabila pasaran antarabangsa turun.

Wednesday, July 16, 2008

... sekitar Konferensi Antara Universiti Ke-4 di Samarinda

Tan Sri Prof. Dr. Mohd Taha Arif menghiburkan para peserta dengan "Abang B eca".











Dr. Fatmwati mendendangkan "Kupu-kupu malam" pada Majlis Makan Malam Konferensi.

Dari Kanan, Dr. Ahi Sarok (UNIMAS), blogger, Valentino (UNIMAS) dan Dr. Kantyya (UMS) sedang menunggu untuk bertolak ke Universitas Mularwarman, lokas konferensi.






Kesempatan memilih buku di kedai buku Bandara
Sukarno-Hatta Jakarta sebelum bertolak balik ke Kuching.



Prof, Abdul Halim dengan para peserta dari UNTAN, Pontianak; Dr. Fatmawati disebelah kanan Prof Halim.







Konferensi anatar universitas seBorneo-Kalimantan, 24-25 Jun 2008 telah memberi banyak pengalaman bari kepada semua peserta khusunya para peserta dari Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia. Sambutan pihak penganjur amat baik dan terkesan di hati semua peserta. Tahniah diucapkan kepada seluruh kerabat Universitas Mulawarman Samarinda kerana tenaga kerja penganjuran yang cemerlang.


Sekam padi dibuat benang,
Tenunan dari Inderagiri;
Dalam hati tetap terkenang,
Tahun hadapan bertemu lagi


Sunday, July 13, 2008

Konferensi antara universiti Borneo-Kalimantan ke 4 di Samarinda

Alhamdulillah, saya berkesempatan ikut serta dalam Konferensi Universiti Se Borneo-Kaimantan Kali Ke 4 yang telah berlangsung 24-25 Jun yang lalu di Kota Samarinda, Kalimantan Timur. Kali ini rombongan dari Sarawak agak ramai juga yang terdiri daripada pensyarah UNIMAS dan UiTM. Ada juga dari UiTM Sabah, UTM Johor dan UM Kuala Lumpur.
Saya sempat membentang sebuah kertas kerja bertajuk "Memahami isu keciciran pelajar sekolah di Sarawak" hasil penelitian yang telah saya jalankan 2001-2002 dan 2003-2005. Kertas konsep dalam isu keciciran pelajar di Sarawak pernah saya, Dr. Haji Julaihi Hj Bujang (sekarang Pengarah Pendidikan Sarawak) dan Dr. Sluhi Lamat hasilkan pada 2001 sewaktu Bengkel Keciciran Pelajar anjuran SDI dan telah dibentangkan oleh Dr Hj Julaihi Hji Bujang.














Pengalaman membentang Kertas Kerja pada seminar antara bangsa amat menyeronokkan lebih-lebih lagi apabila banyak perkongsian idea berlaku di kalangan pembentang atau pemakalah (istilah di Indonesia yang mula diterima pakai di Malasyia.

Konferensi kali ini adalah lebih meriah daripada siri yang ketiga kerana terdapat 142 kertas kerja telah diterima untuk pembentangan. Gedung Bundar, Fakulti Kehutanan Universiti Mulwarman Samarinda menjadi tumpuan warga pendidik dan cendikiawan majoritinya dari pusat pengajian tinggi seluruh Borneo membincangkan tema "Transformasi Sosial Masyarakat Pedesaan dan Pesisir Borneo Kalimantan; isu-isunya" .

Jaringan kerja di kalangan pusat pengajian di Borneo semakin menggalakkan bermula dengan siri Dialog Borneo kerjasma Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Seminar Borneo Research Council. Sesungguhnya jaringan tersebut wajar diteruskan dan dipertingkatkan kerana ruang kerjasama demikian begitu terserlah di kalangan masyarakat berbudaya
serupa ini malah daripada komen dan pandangan-pandangan di kalangan cendikiawak yang ikut serta dalam konferensi dan dialog Borneo yang pernah saya hadiri, betapa mereka melihat para cendikiawan di Borneo ini wajar bergerak memperhebatkan lagi kegiatan seBorneo pada masa akan datang.

Bagi Sarawak, kebanggaan kita ialah kerana ketiga-tiga aktiviti tersebut adalah cetusan dari Kuching; maka sudah tibanya inisiatif serupa ditapilkan oleh Pontianak, Palangkaraya, Banjarmasin, Samarinda, Kota Kinabalu dan Bandar Seri Begawan- tujuh kota besar dan tidak kurang ilmuannya di pulau ketiga besarnya di dunia itu.

Daripada para sahabat di Jabatan Pendidikan Sarawak,
saya difahamkan bahawa ada usaha untuk mengadakan Dialog Pendidikan Borneo kali kedua nanti dengan penglibatan cendikiawan dari Kalimantan, khususnya Kalimantan Barat.

Syabas dan tahniah saya ucapkan sekiranya ia benar dan akan menjadi realiti. Pertemuan seumpama itu nanti akan memperkayakan lagi ruang pemikiran seBorneo para cendikiawan dan sudahpasti ketersebarannya akan jauh lebih meluas.
Salam.

Rakaman kenang-kenangan bersama Prof. Dr. Ir. Syafie serta mahasiswa Universitas Mulawarman.

NOTA:
Gambar 1, Prof. Abdul Halim Ali sedang membentangkan kertas kerja bertajuk:
"Transformasi Sosial Masyarakat Pedesaan dan Pesisir Borneo Kalimantan; isu-isunya" .
Gambar 2. Blogger sedang membentangkan kertas kerja "Memahami isu pelajar sekolah di Sarawak".
Gambar 3. Dari Kiri, Dr. Nelson (UNIMAS), Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Taha Arif dan blogger sedang mengikuti pembentangan Prof. Abdul Halim Ali.